![]() |
| foto : games & science fiction |
Walaupun kini dibantu oleh media-media sosial yang sudah dikenal luas, tapi interaksi sosial secara verbal & tatap muka adalah contoh kehidupan sosial yang sesungguhnya.
Manusia yang dikenali sebagai makhluk Homo Socius, yang bermakna merupakan makhluk yang tidak boleh lepas dari interaksi sosial & memerlukan teman untuk berkongsi. Ini kerana manusia adalah makhluk yang hidup dalam masyarakat, & tidak dapat dipisahkan dari kehidupan bermasyarakat (zoon politicon). Kebutuhan manusia juga akan tercapai apabila mereka selaras dalam kehidupan sosial & ekonomi (Homo Economicus). Menurut buku Adam Smith (1729-1790) "An Inquiry into The Nature and Causes of the Wealth of Nation" (1776). Menyatakan bahawa manusia adalah homo economicus. Ini bermakna manusia adalah makhluk ekonomi yang cenderung tidak pernah merasa puas dengan apa yang telah diperolehnya dan senantiasa berusaha terus menerus memenuhi kebutuhannya.
Saya ingat 3 tahunyang lalu sebelum facebook sepopular sekarang, ketika kehidupan sosial saya & rakan-rakan masih melalui interaksi normal layaknya manusia sebahagian besar, berkongsi perkara baru, sekadar minum kopi & duduk membincangkan kehidupan masing-masing, saling menolong serta menyokong dalam menyelesaikan masalah.
Tapi kini ketika saya melepak dengan rakan-rakan seperti dahulu, rasanya hambar, semua sibuk dengan gadget masing-masing. Memberi tumpuan penuh pada gadget, dan kehidupan sosial tidak lagi berjalan seperti yang kami rasakan beberapa masa dahulu.
Setelah saya obeservasi dari beberapa rekan hingga orang yang tidak saya kenali, saya mendapati bahwa orang yang secara aktif melayan laman sosial mereka, dan mampu menciptakan sebuah atmosfer baru dari laman tersebut, seperti dengan mendapatkan banyak kawan, menjadi trend, terkenal atau sebutan hot yang melekat pada mereka, itu kerana kehidupan sosial sesungguhnya perlu dipertanyakan dan digaris bawahi, kerana sebahagian besar malah tidak terlalu aktif dalam kehidupan sosial mereka yang sesungguhnya.
"Kebanyakan orang yang aktif di dunia maya, adalah pelarian bagi mereka di dunia nyata, sekaligus ingin diakui keberadaannya"
posted from Bloggeroid

No comments:
Post a Comment
Tanggapan untuk melengkapi tulisan ini amat dialu-alukan